Takziah diucapkan kepada sahabatku Nur Saila binti Harun atas pemergian emak TERCINTA. Emaknya menghembuskan nafas terakhir pada 24/11/2011 pada jam 5.30 ptg...
Sepanjang nisa bersama ela, nisa bertanggungjawab memberi kekuatan kepadanya untuk menerima takdir yang ditetapkan ini. Selama tiga hari nisa berada dirumahnya, nisa banyak memberi semangat kepadanya. Alhamdulillah ela dapat terima suratan takdir tersebut. Selama tiga tahun emaknya menderita penyakit Kanser Kelenjar dan sudah tiba masanya dia kembali ke Rahmatullah. Diharapkan agar ela tabah dalam menghadapi hari-hari mendatang ini. Kiteorang sebagai kawan ela tak kan biarkan ela sendirian. Kiteorang sentiasa bersama ela. Sebagai anak kedua, ela mesti menjadi contoh untuk adik-adik terutamanya buat adik yang paling bongsu. Ela lah penguat semangat diaorang. Berikan mereka bimbingan yang betul. Allah SWT sentiasa bersama umatnya. Kuatkan semangat ela demi masa depan k.
YANG HIDUP PASTI AKAN PERGI MENINGGALKAN KITA. HANYA KEKUATAN DAPAT MEMBANTU KITA UNTUK MENERIMA SEGALA SURATAN TAKDIR YANG TERTULIS. CEPAT ATAU LAMBAT SAHAJA MASA YANG MENENTUKAN. BERSAMA-SAMA LAH KITA SEDEKAH KAN AL-FATIHAH. SEMOGA ALLAHYARHAMMAH TENANG DISANA DISISI ORANG-ORANG YANG BERIMAN. AMINNNN.....INSYAALLAH....
0 comments:
Post a Comment