-->
♥!! Tinta Pena Niesa !!♥
Backgrounds & Purple Backgrounds

(SEMESTER 5) sem honeymoon ke?? =D




Baru seminggu masuk sem 5.  Boleh lah dikatakan semester HONEYMOON tapi tak jugak.  Macam mana tu CIK NISA oiiii.  Macam-macam lah kan.  Yang honeymoon tu sebab kelas xde lah PACK sangat macam sem lepas.  Nasib baik sem ni cuma 6 subjek je, xde lah nisa pening-pening macam sem lepas sampai nangis-nangis gitu.  Kelakar tul lah lau ingat semula.  Mana x nangisnya, SCHEDULE pack yang amat.  8  subjek pulak tu.  haishhh.. Sem ni honeymoon sebab kelas x full tapi semua KILLER SUBJECT.  erkkkk...

Tapi x boleh gak nak enjoy-enjoy sangat sebabnya sume PAPER KILLER..
LAW, ACCOUNT, ORGANIZATIONAL BEHAVIOR (ob), ADMINISTRATIVE OFFICE MANAGEMENT, BEL (critical thinking), FUNDAMENTALS OF ENTREPRENEURSHIP (etr)...
Fuhhhh....sumenya membimbangkan ni..

NOTA KAKI...

* Nor Ainisa..sem ni MAKE SURE clean and clear sume paper kat atas tu ok...
* MAKE SURE maintain ngan 3pointer and above...
* Jangan nak epi-epi sangat lah...
* Ni dah kira last sem sebabnya sem 6 nanti PRAKTIKAL...
* Chaiyok nisa..DO THE BEST k...


jangan jadi macam ni hehehe..

jadi macam ni ye Nisa..hehehe


jgn malu, jgn segan..klu suka klik aje 'LIKE' =)

Posted by niesa at 11:54 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Salam Takziah Buat Sahabatku dan Keluarganya...




Takziah diucapkan kepada sahabatku Nur Saila binti Harun atas pemergian emak TERCINTA.  Emaknya menghembuskan nafas terakhir pada 24/11/2011 pada jam 5.30 ptg...
Sepanjang nisa bersama ela, nisa bertanggungjawab memberi kekuatan kepadanya untuk menerima takdir yang ditetapkan ini.  Selama tiga hari nisa berada dirumahnya, nisa banyak memberi semangat kepadanya.  Alhamdulillah ela dapat terima suratan takdir tersebut.  Selama tiga tahun emaknya menderita penyakit Kanser Kelenjar dan sudah tiba masanya dia kembali ke Rahmatullah.  Diharapkan agar ela tabah dalam menghadapi hari-hari mendatang ini.  Kiteorang sebagai kawan ela tak kan biarkan ela sendirian.  Kiteorang sentiasa bersama ela. Sebagai anak kedua, ela mesti menjadi contoh untuk adik-adik terutamanya buat adik yang paling bongsu.  Ela lah penguat semangat diaorang.  Berikan mereka bimbingan yang betul.  Allah SWT sentiasa bersama umatnya.  Kuatkan semangat ela demi masa depan k.  

YANG HIDUP PASTI AKAN PERGI MENINGGALKAN KITA.  HANYA KEKUATAN DAPAT MEMBANTU KITA UNTUK MENERIMA SEGALA SURATAN TAKDIR YANG TERTULIS.  CEPAT ATAU LAMBAT SAHAJA MASA YANG MENENTUKAN.  BERSAMA-SAMA LAH KITA SEDEKAH KAN AL-FATIHAH.  SEMOGA ALLAHYARHAMMAH TENANG DISANA DISISI ORANG-ORANG YANG BERIMAN.  AMINNNN.....INSYAALLAH....

jgn malu, jgn segan..klu suka klik aje 'LIKE' =)

Posted by niesa at 11:20 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

KEHENDAK Si Gadis YANG JEJAKA PERLU TAHU




Pagi-pagi lagi nisa dah nak buat entry baru, tiba-tiba je kan heheh.  Sebenarnya nisa tengah kebosanan ni sementara nak bersiap-siap tuk balik kolej nanti.  Nisa rasa macam nak wat entry baru tentang tajuk kat atas tuhh...heheh...betul ke lelaki perlu tahu semua tu, iye betul lah...ok lah, nisa xnak cakap banyak sebab penat jadik mak nenek membebel je kerjanya hahaha...Betul tak kalau nisa cakap setiap gadis inginkan pasangan yang sempurna?  Hari ini, bukan lelaki sahaja lebih teliti dalam pemilihan pasangan malah perempuanpun sama tau.  Tapi pabila perempuan lebih teliti dalam pemilihan pasangan, lelaki mesti mengeluh dan mengatakan bahawa perempuan sekarang sangat lah cerewet untuk membuat pilihan.  Sekarang ni, jom kita tengok CHECKLIST yang nisa sediakan ni ye..... 


1)  BERMANJA-MANJA
     
     Mungkin tidak semua gadis mempunyai sifat manja semula jadi kan.  Sifat manja tu begitu subjektif untuk diperkatakan.  Walaupun segelintir gadis tidak dapat tunjukkan sifat tersebut namun lelaki haruslah peka dan tahu bahawa setiap wanita idamkan sesuatu yang manja dan boleh dikongsi bersama-sama.  Contohnya belaian mesra dari pasangan (bagi yang MUHRIM sahaja) dan teguran yang lembut (bagi yang bukan MUHRIM).

2)  MAHU DIPUJUK

     Walaupun ada segelintir lelaki beranggapan bahawa merajuk adalah sifat mengada-ngada tapi harus diingat  sifat mengada-ngada itu adalah isyarat si gadis mahukan pujukan mesra dari pasangannya dan bukan dibiarkan.  Tapi yang pastinya pujukan tu mestilah ikhlas datang dari hati.  (haruslah diingat juga buat si gadis agar tidak selalu merajuk kerena bimbang akan membuatkan pasangan anda meluat dengan sifat itu).

3)  KEJUTAN

     Kadang-kadang lelaki tidak tahu dan tidak terfikir bahawa si gadis juga ingin kan sebuah kejutan walaupun bukan selalu.  Dan ianya amat dihargai oleh si gadis.  Untuk membuat kejutan, tidak perlulah menunggu atau menyembunyikan sesuatu darinya sehingga membuatkan si gadis tidak senang duduk.  Cukup dengan memberi sesuatu seperti kek, coklat, ais krim atau bunga.  Ini akan membuatkan si gadis merasakan dirinya dihargai dan dapat dijadikan kenangan untuk diimbau kembali oleh si gadis.  (tersnyum sorang pabila terkenangkannya). heheh

4)  PERHATIAN

     Bukan si jejaka sahaja yang ingin kan perhatian dari si gadis malah si gadis turut inginkan perhatian.  Perhatian yang dimaksudkan ialah satu rasa tanggungjawab yang perlu ada dalam diri pasangan.  Cuba elakkan dari hanya menjadi pemerhati setiap gerak gerinya yang hanya membuat si gadis tersebut naik rimas dengan keadaan sedemikian.  Tunjukkan lah sifat keprihatinan kamu terhadapnya.

5)  KESETIAAN 

     Wahh...sebut sahaja pasal kesetiaan, masing-masing sibuk menunding jari antara satu sama lain kan.  Seeloknya dua-dua perlu tanam sikap kesetiaan dalam diri masing-masing.  Tidak semua pasangan mempercayai kesetiaan pasangan mereka 100% kan.  Ok, hal ini berbalik kepada hati masing-masing.  Buat si jejaka berhentilah dari menjadi buaya darat yang hanya mencari mangsa untuk menyakiti hati wanita.  Buat si gadis pula berhentilah dari menjadi pelakon untuk drama bermuka-muka agar lebih disayangi.

6)  KASIH SAYANG

     Bercakap tentang kasih sayang memang tidak dapat dipersoalkan lagi kerana perasaan ini sememangnya telah wujud sejak azali lagi.  Mungkin cara diluahkan je lain-lain.  Mungkin ada sesetengah pasangan tidak tahu untuk meluahkan kasih sayang tersebut tapi mungkin dengan meletakkan kasih dan sayang kamu  pada keikhlasan terhadapnya.  

7)  MELINDUNGI

     Sebagai seorang wanita sememangnya mereka perlukan seseorang untuk melindungi mereka.  Si jejaka perlu ambil endah terhadap keselamatan pasangan masing-masing.  Jangan biarkan mereka berada dalam kesusahan sewaktu memrlukan pertolongan kerana sifat untuk sememangnya telah tercipta dalam diri si jejaka dan disebabkan itu lelaki dipertanggungjawabkan untuk melindungi si gadis.

8)  SOKONGAN

     Sokongan amat diperlukan dan penting dalam sesebuah hubungan.  Jika kamu tahu minat si gadis atau cita-citanya, jangan pernah kamu kritik sekiranya minatnya itu elok sebaliknya berilah sokongan dan jangan cuba menghalang.  Tetapi jika minat si gadis amat tidak elok adalah lebih baik jika kamu hanya menegur dan bukan dengan mengkritik menggunakan ayat-ayat yang boleh membuatkan si gadis berkecil hati. 

9)  MENERIMA SEADANYA

    Setiap yang sempurna pasti terpalit sedikit cacat celanya walaupun sikit.  Tetapi yang pastinya, sifat menerima seadanya amat penting bagi seorang gadis dalam menilai cinta seseorang jejaka terhadap dirinya.  Walaupun bagaimanapun, kehendak si gadis hanya lah satu iaitu terima lah si dia dengan seadanya.  Apa yang penting ialah keikhlasan mencintainya.  Bukan kerana rupa dan jangan pernah memandang rupa untuk mencintai tetapi pandang lah hati pasangan kamu tu.  

Hakikatnya siapa tahu dengan cara ini si gadis dapat membentuk sikap jejaka agar lebih menghargai wanita.  Jika si gadis meragam, si jejaka jangan lah terlalu cepat melenting sebaliknya mencari alternatif untuk menyelesai kannya. =) ... 




jgn malu, jgn segan..klu suka klik aje 'LIKE' =)

Posted by niesa at 8:43 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Malam Jejak Kasih...(waa..macam x caya je hahaha)




Waaa...seronok pulak main jejak-jejak kasih ni ye..Haa,lepas ni sape lak nak dijejak kasih.  Meh meh bagi tahu nisa ye hahahaha..Xde lah, sebenarnya bukan nisa yang jejak kasih tapi kawan nisa ni.  Jejak kasih antara 2 persahabatan yang terputus selama 4 tahun.  Weeee...macam x caya lak kan.   Setelah terputus tali persahabatan di laman sosial FRIENSTER, sekarang bertemu kembali di laman sosial FACEBOOK.  huhuh...macam-macam lah dyeorang ni kan.  Nak tahu cam ner dyeorang ley jumpa balik.  Panjang citernya, ehhh..xde lah panjang sgt heheeh..macam ni, kawan nisa si F dah memang rapat ngan nisa sejak dari sekolah rendah agi.  Pahtu sekarang ni nisa ada kawan bernama H kat FB.  Dah kenal ngan si H berbulan2 pun tapi sekarang baru si H tu terpandang nama si F dekat komen2 status nisa lam FB tuhhh..then, si H ni tanye lah nisa...kenal ke ngan si F tu, memang kenal sangat lah kan hhhuhuh..so, sekarang ni dyeorang mula bertanya khabar lam FB.  Almaklum lah setelah sekian lama x jumpa.  Pandai jugak nisa menjejak kasihkan dua orang ni ahhhahaha....Kelakar pulakk rase..wink wink wink... ;) lepas ni agak-agak sape lak yang bakal dijejak kasih ye??? hehehheeheh.... =)


Dua sahabat bertemu kembali.. =)

jgn malu, jgn segan..klu suka klik aje 'LIKE' =)

Posted by niesa at 11:18 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

FAKULTY OFFICE MANAGEMENT & TECHNOLOGY (UITM) dah takde..betul ke??





Ehhh...betul ke fakulti Pengurusan Pejabat & Teknologi atau lebih dikenali sebagai OM kat UITM tuhh dah tak de.  Ishhh, macam tak caya je.  Ada-ada je lah nisa ni kan.  Nisa tak main-main tau, betul-betul lah ni.  Nisa masuk sem 5 tuk sem depan dah tak de lagi OM tau, yang ada BM pulak.  Sedih pulak rasa bila fakulti tu dah tak de.  Uwaaaa...yang sebenarnya ada lagi tp sekarang dah bernaung di bawah Fakulti Pengurusan Perniagaan.  Alaaa...sebenarnya STUDENT2 OM ni tak suka pabila fakulti ni digabungkan.  Mana perginya fakulti sendiri tapi student kan tak de hak.  Semuanya terletak pada pihak atasan UITM.  Walaupun di bawah Fakulti Pengurusan Perniagaan @ BM.  Fakulti OM dah lama bertapak lam UITM dan adalah yang ke3 terbesar dalam banyak2 fakulti tapi hmmm..Bilangan student tuk fakulti ni pun ramai.  Kenapa fakulti OM dah tak de ekk?? Adakah tidak memberikan prestasi yang elok??  Adakah tak dapat menandingi fakulti2 lain??  Banyak persoalan nisa pasal nihh..  Bukan nisa tak suka tapi nisa rasa tak FAIR sebabnya fakulti OM dah cukup terkenal pun.  Alih-alih dah dibubarkan.  Sedih lak rasa tau.  Ni lah tuk makluman akak-akak senior sekalian yang telah tamat belajar bagi Program OM114.  Sekarang kita dibawah Fakulty Business Management.  Tapi OM tetap di hati.  We Love OM.


Office Management & Technology.....

jgn malu, jgn segan..klu suka klik aje 'LIKE' =)

Posted by niesa at 12:58 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Good Luck Mybeloved Sister (do your best in SPM)




Mula-mula sekali cheq nak habaq GOOD LUCK to all SPM CANDIDATES.  Hangpa buat leklok nohh.  Jangan duk nak wat kalut ja. Bukan pa, sat gi kang lau jawab xsungguh2, merana lah jawabnya bila dapat RESULT nye tu.  Awaittt cheq lak yang rasa dup dap dup ni, haishhh.  Eh eh eh, kuar loghat utara lak heheeh..(back to normal k).  Bukan pe, nisa berdebar tu sebabnya nisa risau ngan adik nisa sorang ni.  Adik yang nak exam akak lak yang lebih2 hehehe.  Akaknye pun turut merasainye tau.  Ok lah dik, wat leklok exam tu ye.  Akak sentiasa doakan yang TERbaik untuk akak sorang ni walaupun bertuah sangat-sangat punye perangai tuhh hehehe..Buktikan pada semua adik ley wat yang terbaik.  "we all always support you and make sure u can make us happy with your result" juz focus during exam k.  Lagi satu akak nak pesan ni, jangan duk koya @ mengelamun je kejenya.  Lau x ley jawab tu, ISTIGHFAR dan SELAWAT banyak2.  InsyaAllah semuanya boleh berjalan lancar.  AMINNNN....doaku mengiringi setiap langkah mu.. (^_^) keep smiling dear..



haa..ni lah adik nisa yang bertuah sangat tu...muahh <3 ...


jgn malu, jgn segan..klu suka klik aje 'LIKE' =)

Posted by niesa at 1:57 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

...GREAT SATURDAY...(WITH THEM)...






SERONOKKKK...satu perkatan yang cukup menggambarkan nisa EPI sangat hari ni.  Amboiii epinya cik nisa ni ye hehehe..senang hati lah katakan...siapa tak epi kan2..Orang cakap lau epi2 macam ni mesti ada SOMETHING yang tak boleh dilupakan kan...alaaa, betul lah andaian2 tu semua kihkihkih...
haa..nak tahu lah tu pe benda kan..meh sini meh nisa kongsi ngan korang..nisa memang suka kongsi2 cerita ni..

Waaaaa....hari yang bahagia dan penuh makna..keluar jalan-jalan dan wat SURPRISE untuk EIYFA heheh..sempena birthday dye lah..tarikhnya 14/11 tp saje CELEBRATE awal sikit sebabnye masing-masing asyik BUSY je..tak de masa sangat nak jumpa dan keluar hang out sama-sama..ni pun PLAN last minute tau..jadik jugak ngeee...TERkedu Eiyfa dapat SURPRISE, lepak-lepak PIZZA HUT dan beli kek kt SECRET RECIPE.. uihhhh..masing-masing kenyang bukan kepalang lagi..lepas makan pusing-pusing pi cari surau, tunaikan kewajipan dulu heheheh...walaupun 2slice jew kek tu tapi cukup bermakna...yelah PLAN pun dah last minute kan memang tak sempat nak PREPARE pape lah kan..tak pe, PERSAHABATAN YANG KEKAL DATANGNYA DARI HATI YANG IKHLAS..INSYAALLAH tali persahabatan nisa, efa, fatin dan mira berkekalan..aminnn...Terima kasih untuk mira dan fatin sebab bertungkus lumus membuat surprise ni heehehe..suka tengok korang epi2, insyaAllah ada masa lagi kita keluar macam ni lagi ye..buat efa, mira dan tin...NISA SAYANG KORANG KETAT-KETAT tau...muahhhh <3...buat efa HAPPY BIRTHDAY TO YOU...MAY ALLAH BLESS U ALWAYS..HAVE A GREAT DAY WITH THEM..


Haa...jom ushar2 gambar kenangan kiteorang celebrate bezday efa ni..xde kerja tul lh nisa ni..adeyhh -.-'


waaa...jemput makan semua..kenyang perut hati girang, x gitu hehe


2 slice of cake from secret recipe untuk efa hihihihi...

haa...macam biasa, xde kerja cari kerja kan2..heheh


ni lak fatin, orang yang bertanggungjawab bawak kiteorang pi Mesra Mall...


ngan bezday girl, cik Eiyfa kite...


ni lah amira lau nak tahu...heheh

!!!!!!!!  WE ARE BFF  !!!!!!!!
luv u all

jgn malu, jgn segan..klu suka klik aje 'LIKE' =)

Posted by niesa at 12:09 AM 2 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Makna di Sebalik Kata-kata yang tak Habis Diucap.....





Penat tul lah hari ni duk kemas buku-buku lama atas rak tu..GRRRR..Tak pe lah kan, sekurang-kurangnya leh penuhkan masa lapang yang asyik duk TERbuang ngan mengadap FACEBOOK ni..haishhh...naik runsing mak tengok hehehehehehe....Tengah syok-syok kemas buku-buku tu tadi, terlintas lah satu idea NAKAL heheh..agak-agak ape lah yang nakal sangat tu ekkk...suspen je nisa ni kan hhuhuhuhu..
alaaaa...sebenarnya xde lah nakal sangat cuma rase macam betul je...
jom kita tengok pe benda yang dimaksudkan oleh nisa tu =)


"AKU NI BUKAN APA......."
maknanya dia tu bukan la sapa-sapa jadi 
kalau korang nak berharap pape kat orang camni..hmm,lupekan je lah ye..

"NI AKU NAK CAKAP SIKIT......."
maknanya yang sikit itu bukan yang dia nak cakap
tapi apa yang dia boleh buat untuk bantu korang...

"AKU BUKAN TAK NAK PERGI TAPI......."
maknanya tak payah lah korang susah-susah ajak
orang macam ni kalau tidak korang yang susah nanti....grrrr

"ERRMMM, TAK PE LAH......."
maknanya dia sebenarnya nak minta tolong tapi segan, 
malu dan macam-macam lagi terpaksa pendamkan....fhm2 kan lh...

"KALAU AKU CAKAP KO JANGAN MARAH........"
maknanya yang nak dicakap tu memang akan mendatangkan marah
tapi nak mintak persetujuan dulu supaya tidak dimarahi...ish ish ish

"TENGOKLAH DULU......."
maknanya dia tak pasti, maka kalau nak mengharap sesuatu 
jangan lah letakkan harapan yang tinggi padanya...ingattt !!!!!


haa...korang dah tahu kan...so, betul tak yang nisa cakap kan ni hehehehe...
betul kan2...alaaaa...semua macam ni kan..
tak de pun yang terlepas dari tidak cakap sedemikian =)




 

jgn malu, jgn segan..klu suka klik aje 'LIKE' =)

Posted by niesa at 2:29 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

10 Sebab Hubungan yang Terjalin Sukar Kekal Lama








Susah pulak mata ni nak pejam.  Pusing kiri pusing kanan tak jugak mengantuk.  Tiba-tiba nak update blog ni.  
Haaa..pagi ni nisa ada topik panas untuk dikupaskan heheh..apa-apa, mesti dah x sabar nak tahu kan..
korang pernah terfikir x kenapa setiap hubungan yang dijalinkan susah nak kekal lama..cepat-cepat fikir kannya..nisa bagi masa 2minit jew tau...mesti korang dah dapat kan apa sebabnya tu..
mana-mana yang dah tahu tu x pew lah..sekarang ni nisa nak SHARE dengan korang..(KENAPA SETIAP HUBUNGAN YANG TERJALIN SUKAR NAK KEKAL LAMA)...meh meh kita ushar-ushar sikit sebab nya tu ye... =)

1) SIKAP EGO TERLALU TINGGI

     Setiap hubungan yang terjalin pastinya ada pergaduhan.  Dalam pergaduhan tersebut korang haruslah saling mengalah.  Jangan pulak sorang ke utara dan sorang lagi ke selatan.  Alamaknye x SETTLE lah masalah korang tu.  Memang tak dinafikan bahawa lelaki lebih tinggi egonya dari perempuan.  Tetapi kita tak boleh salah kan lelaki semata-mata kerana dua-dua ada perasaan ego.  Ada baiknya korang duduk berbincang elok-elok.  Masalah pun dapat diselesaikan. Tapi INGAT jangan sesekali meninggikan SUARA tu sebab itu tak kan dapat bantu selesaikan masalah malah makin merumitkan keadaan. (limit your voice volume)

2) CEMBURU BUTA

    Perasaan cemburu memang tak dapat dihakis sekalipun dengan asid atau apa sahaja.  Setiap pasangan kekasih mempunyai perasaan cemburu tetapi harus diingat, cemburu harus lah bertempat.  Cemburu tak salah dan orang cakap makin kita cemburu makin kita sayang pada seseorang tu kn.  Cemburu yang terlampau boleh menyebabkan keretakan sesebuah hubungan contohnya 'GROUP PRESENTATION' kat kolej atau universiti, semestinya bercampur lelaki dan perempuan kan.  Jangan pulak korang marahkan pasangan korang supaya tak JOIN GROUP tu gara-gara ada lelaki atau perempuan.  Pasangan korang mesti tahu batas-batasnya.  Seelok-eloknya kurangkan perasaan cemburu buta itu demi mengekalkan hubungan korang.

3) KURANGNYA MEMAHAMI ANTARA SATU SAMA LAIN

    Sikap memahami antara satu sama amat diperlukan dalam sesuatu hubungan.  Memahami bukan sahaja dari segi tingkah laku malah isi hati pasangan korang.  Isi hati memang sukar tuk DIFAHAMI kerana penuh dengan maksud yang TERSURAT dan TERSIRAT.  Sebagai contoh, si dia membenar kan kamu keluar bersama-sama dengan kawan-kawan kamu sedang kan pada masa yang sama kamu telah berjanji untuk keluar bersamanya.  Dalam kebenaran yang diberikan ada perasaan hampa yang cuba disorok demi melihat kamu berseronok dengan kawan-kawan kamu.  Haruslah disitu kamu cuba memahami perasaannya ketika itu.  Jangan TERlalu ikutkan hati sendiri tanpa memikirkan perasaan pasangan kamu.

4) SYAK WASANGKA YANG TINGGI

    Syak wasangkan salah satu punca hubungan korang tak kekal lama.  Syak wasangka yang terlampau boleh menyebabkan pasangan merasa bosan kerana ianya seolah-olah korang telah hilang kepercayaan terhadapnya.  Seeloknya jangan asyik memikirkan perkara NEGATIF tetapi sesekali haruslah berfikiran positif.  Apabila korang berfikiran secara POSITIF, secara automatiknya korang akan rasa lega dan syak wasangka korang akan berkurangan.  Bukan itu sahaja malah pasangan korang tak kan pernah ragu-ragu akan kepercayaan korang terhadapnya.

5) TERLAMPAU MENGONGKONG

    Mengongkong? Hmm..tak kan ada seorang pun dirinya suka dikongkong kan.  Memang betul kata orang mengongkong pasangan korang tandanya SAYANG.  Tak salah jika mahu kongkong pasangan korang tapi biarlah berpada-pada selagi SI DIA belum menjadi hak milik korang yang SAH.  Sesetengah pasangan tidak izin kan pasangannya keluar makan di restoran atau kedai mamak dengan member-member diaorang sedangkan semuanya perempuan.  Lebih parah apabila dipesan supaya TAPAU sahaja.  Korang tak kesian ke dengan pasangan korang yang terpaksa makan sorang-sorang kat bilik.  Terkurung je dan langsung tak ada kebebasan.  Sesekali berikan lah sedikit kepercayaan korang terhadap pasangan korang.  Barulah hubungan yang terjalin dapat bertahan lama.

6) BERSIKAP KURANG AJAR

    Ada ke pasangan COUPLE bersikap kurang ajar?  Bukan ke diaorang akan lebih ROMANTIK?  Begitu banyak persoalannya kan.  Sebenarnya ada je pasangan sebegini tetapi terpulang pada pasangan tersebut dan mungkin diaorang lebih selesa macam tu.  Tapi AWAS kerana sikap sedemikian boleh terbawa-bawa pabila korang berdepan dengan kedua orang tua nya.  Ini hanya akan membuatkan hubungan korang menjadi renggang.  Seeloknya cubalah untuk berubah walaupun sedikit.  InsyaAllah hubungan akan kekal.

7) KUAT MERAJUK

    Haaa..siapa yang tahan dengan perangai pasangan kuat merajuk.  Kadang-kadang mengalahkan budak-budak.  Hal ini hanya akan membuatkan SI DIA merasa rimas dengan perangai tersebut.  Adalah lebih baik jika belajar untuk jadi lebih matang.  Jangan kerana pasangan CANCEL kan makan malam, korang terus mengajuk berhari-hari.  Cuba fikir kembali tak kan hanya sekali itu sahaja SI DIA cancel plan untuk keluar makan malam korang terus merajuk.  Fikir kan lah akan sebelum-belumnya.  Mana korang nak pergi SI DIA bawa, mana korang nak makan SI DIA bawa jugak.  Tepuk dada tanya hati korang betul atau tidak.

8) MENGUNGKIT KISAH LAMPAU

    Demi menjaga hubungan yang terjalin,  sebaiknya jangan lah korang cuba mengungkit atau mengingatinya kisah-kisah silam SI DIA.  Jika perkara lampau diungkit, tak mustahil SI DIA akan berkecil hati dengan sikap korang walaupun niat korang baik kerana SI DIA sedang sedaya upaya melupakan kisah lampaunya.  Korang haruslah membantu SI DIA untuk melupakan kisah lampau tersebut.  Terima lah pasangan korang dengan hati terbuka.  Suatu masa nanti pasangan korang akan menceritakan semuanya tetapi berilah masa.  InsyaAllah korang boleh menerima pasangan korang tu dengan lapang dada. 

9) MEMBANDINGKAN-BANDINGKAN

    Hati memang sukar diduga walaupun riak wajah tidak menunjukkannya.  Dalam senyum ada peritnya.  Jika korang bersama SI DIA, jangan sesekali korang membanding-banding kannya dengan orang lain lebih-lebih lagi EX korang.  Walaupun pasangan korang kelihatan sedikit CHUBBY atau MESSY, jangan lah korang cakap "EX yang dulu lagi kemas dari U, tak pandai nak bergaya ke?".  Jagalah hati pasangan korang dengan memberi nasihat secara baik atau menegur tapi bukan dengan membanding-bandingkan.  Pasangan korang akan lebih selesa jika ditegur begitu kerana SI DIA tahu, hanya dia yang bertakhta di hati dan sebab itu juga SI DIA tahu bahawa korang mahukan yang terbaik selain darinya.  Dengan cara tersebut kasih sayang akan lebih mekar antara satu sama lain.

10) MENINGGIKAN DIRI

     Jika korang rasa korang cukup KACAK ATAU CANTIK, merendah diri adalah lebih baik daripada bermegah-megah kerana pasangan korang akan rasa tergugat dek kekacakan dan kecantikan korang kerana padanya orang sekeliling akan melihat korang walau dimana korang berada walaupun ketika bersama SI DIA.  Dengan ini juga akan terbitnya rasa cemburu dan curiga.  Seeloknya lindungilah kecantikan atau kekacakan tersebut dari pandangan-pandangan yang bukan muhrim mu.  Bersederhana lebih baik daripada berlebih-lebih selagi SI DIA bukan hak korang yang SAH.


jangan biarkan hubungan itu sekadar melepaskan batuk di tangga


jgn malu, jgn segan..klu suka klik aje 'LIKE' =)

Posted by niesa at 2:45 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

APA ADA PADA TARIKH 11/11/11 (itu hanyalah angka) ...






11/11/11...apa ada pada tarikh tersebut??? Kenapa mesti rasa seronok, bahagia blah blah blah dengan tarikh tersebut.  Mana lagi cantik antara tarikh tersebut atau hari JUMAAT??  Semestinya nisa akan jawab hari JUMAAT lagi cantik dan indah kerana jumaat adalah penghulu segala hari.  
Bercakap tentang tarikh 11/11/11, mengapa ada segelingtir umat sanggup menuggu tarikh tersebut untuk menyambut kelahiran bayi mereka dan ada yang sanggup tuggu untuk diijab kabulkan.
Memang tarikh tersebut cantik dari segi angkanya tapi cantik lagi tarikh-tarikh tentang sejarah islam atau tarikh-tarikh mulia untuk umat islam sebagai contoh tarikh ISRA' MIKRAJ, NUZUL QURAN.
Ada jugak bagusnya kan2.  Tapi sayang,  kenapa kita susah nak ingat tarikh-tarikh penting untuk umat islam??Kita sanggup tunggu tarikh yang tiada kaitan dengan sejarah islam atau tarikh penting untuk diingati oleh umat islam.  Lagi sedih apabila ada yang sanggup membuat REMINDER untuk tarikh yang dianggap cantik buat mereka.  Dunia sekarang tidak lagi seperti dulu yang mana semua umat islam menantikan tarikh yang penting untuk disambut atau diraikan.  


11/11/11 tak ada apa yang SPECIAL pun melainkan esok adalah hari JUMAAT yang merupakan penghulu segala hari.  Semestinya lagi bermakna untuk semua dan antara sebabnya ialah:


1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
... ... 4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)


NOTA KAKI:

- Semua ni adalah pendapat nisa jew tau dan tak ada kena mengena dengan sesiapa pun... =)
- Untuk peringatan diri nisa sendiri dan semua...
- Terpulang pada semua untuk menilai...
- Nisa pun manusia biasa yang tak pernah lari dari membuat silap walau sebesar zarah...
- Semua ni hanya lah sekadar renungan dan selamat beramal semua... (^_^)

selamat beramal semua...




jgn malu, jgn segan..klu suka klik aje 'LIKE' =)

Posted by niesa at 1:39 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

ALLERGIC lagi...




Fuhh..fuhh..tibe2 lak rase macam berhabuk jew blog nisa nihh...yelah, lama sangat x update kan..cakap pasal alerrgic, korg ada allergic x?? susah tul lau allergic atau ayat senang alah pada something lh..
haishh...allergic ni banyak jenis kan, ada yang allergic pada makanan laut, telur, daging, (nisa lh tu), pada habuk lebih2 lagi pada siapa2 yang ada resdung..yang ada allergic ni tahu lah betapa seksa nya...adeyhhh, mana x nya..nak makan tu x dapat, ini x dapat...nak2 musim2 korban cam ni..daging korban berlambak-lambak..macam-macam jenis makanan boleh dimasak tapi satu pun x dapat dimakan lau makanan tu berasaskan daging..uwaaa......sedihhh pun ada..tapi kan, kadang2 kedegilan tu datang gak tau tanpa diundang..so, pe lagi...bantai lah segala makanan yang x leh dimakan tu..alaaa..dah TERliur xleh wat pe dah heheheheh..

Tapi kan...bila dah degil sangat x nak dengar ck DR. lepas makan je mula lah naik merah2 kat lengan...
pahtu duk TERgaru-garu sampai melecet macam si MONKEY grrr......sapu ubat elok lh kejap..silap makan lagi naik lagi..dah macam CHIPSMORE pun..kejap ada kejap x de..lau dah dengan ubat sapu x nak gak hilang..jawabnya INJECT lah...mak cakap, pergi hospital atau klinik pahtu INJECT...jawapan nisa senang je.."MAKK...ANAK MAK YANG SORANG NI X SUKE BAU UBAT, BAU HOSPITAL, X SUKE NGAN UBAT APETAH LAGI NAK INJECT grrrrrrr" ....menggeleng mak dengar jawapan nisa tu heheheeheheh...dah masak dengan anak dia sorang ni..

habis sume makanan kegemaran x ley dimakan..hmmm


jgn malu, jgn segan..klu suka klik aje 'LIKE' =)

Posted by niesa at 12:44 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home

Lovely Visitor

Free Counters

Followers

Tweet Tweet..owner is here!!!

Tweet Tweet..owner is here!!!

My Self

My photo
niesa
this is me *Nor Ainisa *From Dungun, Terengganu *My precious life was begin on 9/10/19. *Student IPT =D
View my complete profile

Story Mory =)

  • ►  2012 (6)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2011 (27)
    • ►  December (4)
    • ▼  November (11)
      • (SEMESTER 5) sem honeymoon ke?? =D
      • Salam Takziah Buat Sahabatku dan Keluarganya...
      • KEHENDAK Si Gadis YANG JEJAKA PERLU TAHU
      • Malam Jejak Kasih...(waa..macam x caya je hahaha)
      • FAKULTY OFFICE MANAGEMENT & TECHNOLOGY (UITM) dah ...
      • Good Luck Mybeloved Sister (do your best in SPM)
      • ...GREAT SATURDAY...(WITH THEM)...
      • Makna di Sebalik Kata-kata yang tak Habis Diucap.....
      • 10 Sebab Hubungan yang Terjalin Sukar Kekal Lama
      • APA ADA PADA TARIKH 11/11/11 (itu hanyalah angka) ...
      • ALLERGIC lagi...
    • ►  October (12)

Nor Ainisa Ismail

Nor Ainisa Ismail
Life Bring Us Happiness but Sometimes its May Bring a Lot of Setbacks in Life. Face it Solve it.

Precious Time

My Blog List

  • BEN ASHAARI
    Makan telur pun diorang jadikan isu panas !
    4 days ago
  • farah adila azmy
    From Kuala Lumpur to Iceland (2023) (Part 1)
    1 year ago
  • ✿ Afiqah Azmuri ✿
    Free Curriculum Vitae Template Resumes Designed by HR Experts Cómo hacer un curriculum vitae: 14 pasos clave BBVA NOTICIAS
    2 years ago
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
    5 years ago
  • //Paper Dreams\\
    HYJ Zone Golf Cart 48 Volt Wiring Diagram Info Book
    5 years ago
  • Nadyaa Azman / Ladyy Dyaa ♥
    SRR Xenon Hid Wiring Diagram Ebook To Read
    5 years ago
  • I'm a blogger !
    FNW Zoeller Sump Pump Wiring Diagram Book Pdf
    5 years ago
  • cintairmata.blogspot.com
    TVTAZ Live Streaming Football In TV TAZ
    5 years ago
  • Yuyu Zulaikha
    Makeover Ruang Tamu Raya Baru
    6 years ago
  • !!!♥Pelangi Hidupku♥ !!!
    Download L'Irlandais Full Movie
    6 years ago
  • Chenta Iza Faiza...
    Bagai pelangi
    7 years ago
  • <<< tinta hatiku >>>
    JaNuaRi MenGUndUr DiRi
    7 years ago
  • pemanis kata
    GEL MANDIAN EKSTRAK BIDARA MEMBANTU MERAWAT GANGGUAN MAKHLUK HALUS
    7 years ago
  • cik aida punye cerita....
    The Path #2
    7 years ago
  • ♥ GaDis ♥ tUdUnG ♥ PutiH ♥
    SejarahQQ.net Agen DominoQQ Online BandarQ Terpercaya
    8 years ago
  • !!! satu perjalanan
    Virus Zika - information , treatment and prevention
    8 years ago
  • //Nurin sylvia ♥
    Get a Job (2016)
    8 years ago
  • ❤ Mintah Vs Tepet Story ❤
    obat kuat rengkasbitung
    9 years ago
  • Secret Of Syazana
    17 / 10 / 2015 . HARI YANG PALING TAK ONG ???
    9 years ago
  • !✿ Senyum itu INDAH ✿!
    Aidilfitri 2015 #throwback
    9 years ago
  • Dorice Dolly Lee
    Strange Magic (2015)
    9 years ago
  • :anything but ordinary:: ::miss bella:: welcome to my world::
    Black GI Web Belt Tips (100 Pieces)
    9 years ago
  • sayeshukepink
    Pingdom Website Speed Test
    9 years ago
  • ALAMAK TERLEBIH SUDAH
    Trip to KRABI Part 2
    10 years ago
  • Ayurosni Enterprise (SA0184744-D)
    Qaseh Gold
    10 years ago
  • Nazatul Aqeela ♥
    What should i call u ?
    10 years ago
  • -
    Perjalanan.
    10 years ago
  • I laugh, I love, I hope, I try, I hurt, I need, I fear, I cry
    My Small happy family
    10 years ago
  • Tengku Lea : I'm A Simple Kinda Girl . All I Really Want Is EVERYTHING ;)
    Goodbye Fellas
    11 years ago
  • masterpiece
    11 years ago
  • CERITA BEST
    Jana income Rm300 sehari tanpa modal.
    11 years ago
  • cik . IQA . awang
    kaki shopping
    11 years ago
  • ! ! ! ★Perkongsian Hot Di Facebook★
    Perihal Kangkung dan Ekonomi
    11 years ago
  • Mama shifa cerita itu cerita ini
    Maksud Label Yang Dilekat Pada Buah-Buahan
    11 years ago
  • Ezzattie Ezzat
    Korang ada jerawat tak?
    11 years ago
  • Rara World
    Kembali ke Masa Silam #Hangout
    11 years ago
  • ✿NUR HIDAYAH✿
    INGAT !
    11 years ago
  • Rabi Atul Adawiyyah Sarip
    lost inside ......?
    11 years ago
  • Nonentity thoughts
    Don't be afraid
    12 years ago
  • I R B O S E V O L I
    One Step Closer
    12 years ago
  • Cik Ceria
    Kumpulan Blog Jati Irawan
    12 years ago
  • Love You, Hate You
    I'm Back
    12 years ago
  • Che' Moreyna Punye Lah !
    Sebab-Sebab Pasangan Korang Tukar Kekasih
    13 years ago
  • floha
    in my car love ladybirds
    13 years ago
  • Cikk Bee Ismeth SembangSembang
    paras rupa baru XD
    13 years ago
  • Rainy Day
    ATTENTION TO GIVEAWAY WINNERS
    13 years ago
  • Internet Marketing Super System
    Kisah Saya Buat Duit RM 50 Dalam 24 Jam..
    13 years ago
  • Cik Syazz
    GIVE AWAY: SAMPLE LIPSTICK ICY PEACH BY MARY KAY!
    13 years ago
  • i'm not a little girl but i'm a woman
    kawal kemarahan dengan senyuman
    13 years ago
  • nurulnadiaammerill
    AKU BARU SEDAR!!!!!!!!!!!
    13 years ago
  • My Baby Diary
  • Noreen Shazana
  • cheater.heart.eater
  • _The Beauty Of A life_
  • ✿All In Light Lady Daydream by(◕‿◕✿)CikBunnyHomei✿
  • fatin ameera
  • ღ NurulAfina ღ
  • Waiting The Rainbow !
  • Saie Cacha
  • My home and My Dairy (^_^)...
  • c[O]ra[T].c[O]re[T].ha[T]y.s[C]ha
  • ! Apex !
  • ! Blog Kidallixiouse !
  • 淘仙境 ツ
  • !! ✿ seLipar JEpun ✿ !!
  • ♛ Izzati A'lima
  • Suara Kehidupan
  • ✿ iloveyouu Bendan :) ✿
  • Beauty Heart's Writer
  • cerita sebalik cerita
  • It's Naurah Life :DD
  • Sweetly Beautiful ♥
Show 10 Show All

Feel it..



Powered by Blogger.
COPYRIGHT 2011 AINISA berryluvchoc ALL RIGHT RESERVED